Bolehkah Sembahyang Jama’ Sebelum Melakukan Perjalanan (2/2)


Bolehkah Sembahyang Jama’ Sebelum Melakukan Perjalanan (2/2)

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Persoalan ini ditimbulkan karena terdapat dakwaan bahwa sembahyang jama’ karena perjalanan itu boleh dilakukan dari rumah yaitu sejak dari rumah lagi yaitu sebelum memulakan perjalanan (safar).

Dakwaan ini berdasarkan riwayat daripada Anas Radhiallahu ‘anhu:

Maksudnya (sebagaimana yang diterjemahkan oleh pendokong pendapat di atas): “Bahwa sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila hendak belayar (musafir) sebelum tergelincir matahari Baginda mengakhirkan sembahyang Zuhur kepada waktu ‘Asar, kemudian Baginda pun turun (memulakan perjalanan). Maka Baginda menghimpunkan di antara kedua sembahyang itu (sembahyang Zuhur dan ‘Asar).

Jika tergelincir matahari sebelum Baginda belayar (musafir) Baginda mengerjakan sembahyang Zuhur dan ‘Asar, kemudian Baginda pun menunggang (memulakan perjalanan).”

(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Apa yang dapat difahami bahwa pendapat ini ternyata kurang tepat dan tersasar dari pemahaman yang betul terhadap dalil yang dibawakan.

Alasan yang dapat dikemukakan untuk menolak pendapat di atas:

  1. Apabila kita petik sebahagian sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam di atas, yaitu:

Maksudnya: “Jika tergelincir matahari sebelum Baginda membuat perjalanan Baginda mengerjakan sembahyang Zuhur dan ‘Asar, kemudian Baginda pun menunggang (memulakan perjalanan).”

Tidak dinafikan sungguhpun pada zahirnya hadits di atas memberi maksud Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam menjama’ sembahyang Zuhur dan ‘Asar dengan  cara jama’ taqdim semasa Baginda berada di rumah sebelum membuat perjalanan, akan tetapi perlu difahami bahwa perkara ini berlaku ketika Baginda sedang dalam perjalanan, ketika Baginda singgah di suatu tempat untuk menunaikan sembahyang secara jama’ sebelum meneruskan perjalanan seterusnya.

Perkara ini disokong oleh beberapa riwayat yang lain seperti hadits yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu:

Maksudnya: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila Baginda dalam perjalanan, lalu matahari tergelincir, Baginda pun menunaikan sembahyang Zuhur dan ‘Asar secara jama’, kemudian barulah Baginda meneruskan perjalanan.”

(Dikeluarkan oleh Al-Baihaqi dan Al-Ismaili, dan dikatakan shahih oleh Ibnu Hajr)

Hadits ini lebih jelas menyatakan bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menjama’ sembahyang sebelum memulakan perjalanan adalah ketika Baginda sedang dalam perjalanan.

Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma:

 

Maksudnya: “Tidakkah aku khabarkan kepada kamu tentang sembahyang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam? Apabila matahari tergelincir dan pada ketika itu Baginda berada di rumah (tempat Baginda menginap ketika dalam perjalanan), maka Baginda akan menyegerakan sembahyang fardhu ‘Asar ke dalam waktu Zuhur, lalu menjama’ (menghimpunkan) keduanya (sembahyang Zuhur dan ‘Asar) pada waktu tergelincir matahari (waktu Zuhur).

(Hadits riwayat Al-Baihaqi dengan sanad yang baik)

Dijelaskan di dalam Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah, terbitan Kementerian Waqaf Dan Hal Ehwal Islam, Kuwait bahwa maksud perkataan “(pada ketika itu Baginda berada di rumah) di dalam hadits di atas adalah bermaksud” (tempat Baginda menginap ketika dalam perjalanan). (Jld. 15, m.s. 287)

Di dalam riwayat yang lain lagi daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma:

Maksudnya: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila Baginda berhenti di sebuah rumah ketika dalam perjalanan dan Baginda berkenan (suka) kepada rumah tersebut, maka Baginda menempatinya sehinggalah Baginda menjama’ sembahyang Zuhur dengan ‘Asar, kemudia Baginda meneruskan perjalanan.

Jika rumah tidak tersedia untuk Baginda, Baginda akan meneruskan perjalanan, maka Baginda pun berjalan dan mengakhirkan sembahyang Zuhur sehingga Baginda datang ke sebuah rumah, di mana di rumah itu Baginda hendak menjama’ sembahyang Zuhur dengan ‘Asar.”

(Hadits dikeluarkan oleh Al-Baihaqi dan periwayat-periwayatnya adalah dipercayai yakni thiqah)

Berdasarkan riwayat-riwayat yang dikemukakan di atas, jelas menerangkan bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan sembahyang jama’ adalah ketika Baginda singgah di suatu tempat atau di sebuah rumah ketika dalam perjalanan, bukannya sebelum memulakan perjalanan. Atau dengan lain perkataan, Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam menjama’ sembahyang ketika Baginda sudah dalam keadaan musafir, bukannya dalam keadaan bermukim.

  1. Seorang itu hanya dikatakan musafir sebaik-baik saja dia melewati (keluar) daripada sempadan perkampungan atau kota atau bandar di mana dia tinggal. Jadi, bagaimana boleh seorang itu diharuskan menjama’ sembahyang ketika dia masih berada di rumahnya sebelum keluar belayar karena rukhshah perjalanan, sedangkan ketika itu dia belum lagi di katakan sebagai musafir?

Majelis Ilmiah Dan Fatwa, Arab Saudi yang diketuai oleh Bekas Mufti Arab Saudi, Abdul Aziz bin Baz Rahimahullahu Ta’ala pernah dihadapkan persoalan mengenai dengan seorang yang hendak membuat perjalanan, adakah diharuskan baginya menjama’ tanpa mengqashar sembahyang fardhu Zuhur dengan ‘Asar sedang pada ketika itu dia masih lagi di rumah (belum lagi keluar rumah untuk memulakan perjalanan)?

Majelis tersebut menjawab: “Tidak harus bagi sesiapa yang berniat untuk membuat perjalanan menjama’ sembahyang ‘Asar dengan Zuhur atau menjama’ sembahyang Isya’ dengan Maghrib selama mana dia masih lagi berada di rumah dan belum lagi memulakan perjalanan, karena tidak terdapat sebab yang mengharuskan dia menjama’ sembahyang yaitu perjalanan. Bahkan rukhshah atau kelonggaran mengqashar dan menjama’ itu adalah bermula apabila dia meninggalkan kediaman negerinya.”

Penutup

Berdasarkan perbincangan yang lalu, jelas bahwa orang yang hendak membuat perjalanan dan bercadang untuk menjama’ sembahyang karena rukhshah perjalanan, tidak boleh menjama’ sembahyangnya ketika dia masih lagi belum memulai perjalanan atau ketika dia masih lagi berada di rumah kediamannya, karena perjalanannya hanya dikira apabila dia keluar dari tempat tinggalnya.

====selesai ====

***

Kiriman Sahabat Arland

Iklan