Hikmah Wudhu


wudhu2Hikmah Wudhu

Assalamualaikum,

Berikut ini adalah hikmah yang dapat kita peroleh dari wudhu seperti yang diuraikan Imam Al-Ghazali dalam bukunya “Ihya Ulumuddin”. Mudah-mudahan Allah swt selalu mencucurkan rahmat-Nya.

Banyak diantara kita yang tidak sadar akan hakikat bahwa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

  1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah ampunilah dosa  mulut dan lidahku ini ” Penjelasan : Kita hari-hari bercakap  benda-benda yang tak berfaedah.
  2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”. Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
  3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini” Penjelasan: Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.
  4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiriku ini”. Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.
  5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan ArasyMu”. Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
  6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”. Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah, mendengar lagu2 berunsur maksiat.
  7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan. “Ya Allah, permudahkan-lah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”. Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
  8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu Dengan, “Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”. Penjelasan : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wudhu sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita peroleh dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam? Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

***

Dari Sahabat

Iklan