Doa Rasulullah Yang Tak Terkabul


water_lily02 yellow_Amir bin Said dari ayahnya berkata bahwa : “Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu’awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan shalat dua rakaat. Maka kami pun turut shalat bersama dengan Rasulullah S.A.W. Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T

Setelah selesai beliau berdoa Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda: “Aku telah memohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu Allah mengabulkan dua perkara dan satu lagi ditolak.

  1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya tidak membinasakan umatku dengan musim kemarau yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
  2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini tidak dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh a.s). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
  3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan karena peperangan sesama mereka (perang dan permusuhan antara sesama umat Islam). Tetapi permohonan tersebut tidak diperkenankan (ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini adalah negara-negara Islam terjadi peperangan satu sama lain, orang Islam perang sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini bagus untuk kita?

***

Sumber: email sahabat

Iklan